Reruai NADI Putrajaya di Mesyuarat Agung Tahunan KOPROJAYA Kali Ke-10

15 Jun 2026 | Aktiviti Terkini

14 Jun 2026 - Reruai NADI mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penjawat awam di Putrajaya sempena Mesyuarat Agung Tahunan KOPROJAYA Kali Ke-10.

NADI membuka reruai pameran bagi mempromosikan Perkhidmatan Pintar NADI kepada para pengunjung, termasuk memberikan perkhidmatan saringan kesihatan asas dan saringan kesihatan digital menggunakan Airdoc, yang membolehkan pengunjung mendapatkan gambaran awal tahap kesihatan secara mudah, cepat dan percuma. Selain itu, pengunjung juga berpeluang untuk menjadi ahli NADI dan berpeluang untuk mendaftarkan diri dalam kelas-kelas yang dijalankan di NADI.

Reruai NADI turut berbesar hati menerima kunjungan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, semasa sesi perasmian mesyuarat tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas